EVENT

Meraikan Hari Jadi yang ke 80 Tan Sri Hashim Aman dan Tan Sri Thong Yaw Hong 



President dan Ahli-Ahli Jawatankuasa Kerja, berserta isteri/suami masing-masing, telah meraikan hari jadi Y. Bhg. Tan Sri Hashim Aman dan Y. Bhg. Tan Sri Thong Yaw Hong yang telah berusia 80 tahun di restoran China Treasures, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara, pada 30 Julai 2010. Majlis ini diadakan bagi mengenangkan budi dan sumbangan mereka kepada Perkhidmatan Awam, semasa berkhidmat dengan Kerajaan, serta kepada aktiviti-aktiviti PTD Alumni.

YBhg Tan Sri Hashim Aman telah dilahirkan pada 1 September, 1929, di Kampong Chembong, Rembau, Negri Sembilan. Beliau menerima pendidikan di sekolah menengah King George V, Seremban, sebelum ke Universiti Malaya, Singapura, dan memperolehi Bachelor of Science pada tahun 1957.

Y. Bhg. Tan Sri Hashim telah berkhidmat selama hampir 27 tahun di berbagai jabatan dan agensi awam, termasuk sebagai Ketua Setiausaha di Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pertahanan, dan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebelum dilantik ke jawatan Ketua Setiausaha Negara mulai tahun 1980 hingga tahun 1984.

YBhg Tan Sri Thong Yaw Hong adalah bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Malaysia (1979 - 1986). Sebelum itu, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (1971 – 1978). YBhg Tan Sri Thong berkelayakan Bachelor of Arts (Honours) dalam bidang Ekonomi dari Universiti Malaya dan Masters in Public Administration dari Harvard University. YBhg Tan Sri Thong juga pernah dilantik sebagai Pro-Chancelor, Universiti Putra Malaysia pada tahun 2006.
 
birthday birthday